Mahir Masak Minggu 4

5 Februari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Februari 2026 (Rabu), telah diadakan kelas NADI Mahir Masak untuk minggu yang keempat. Kelas ini telah disertai oleh dua orang peserta dari NADI Kampung Jeriah. Kelas Mahir Masak ini telah diadakan secara atas talian bermula pada pukul 3:00 petang sehingga pukul 4:30 petang.

Untuk kelas minggu yang keempat ini, para peserta telah diperkenalkan dengan pembuatan cookies. Para peserta dikehendaki untuk menyediakan sendiri bahan-bahan yang diperlukan untuk pembuatan cookies minggu ini. Peralatan seperti oven, penimbang dan lain-lain akan disediakan oleh pihak NADI Kampung Jeriah.

Diharap ilmu yang dikongsi oleh tenaga pengajar dapat dipraktikkan serta dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali